Pertandingan Mobilegrafi “Keindahan Fraser’s Hill”

Tarikh dan Lokasi Pertandingan:

Tarikh: 25 Mei 2024.

Lokasi: Fraser’s Hill, Pahang.

 

Kategori Pertandingan:

Kategori IPTA (Peserta dari Institusi Pengajian Tinggi Awam)

Tema:

“Nature: Flora & Fauna” – Mengekspresikan keindahan alam semula jadi Fraser’s Hill melalui mobilegrafi.

 

Syarat Penyertaan & Penyerahan Gambar:

  • Peserta perlu menggunakan telefon bimbit untuk merakam gambar.
  • Gambar-gambar perlu diambil di Fraser’s Hill pada hari pertandingan (25 Mei 2024).
  • Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar Dua (2) gambar.
  • Peserta dibenarkan mengedit gambar mereka, dengann kadar minimum. 
  • Peserta perlu menghantar gambar penyertaan dengan memuat naik di Instagram dengan menggunakan hashtag #FraserHill2024Mobilegraphy dan perlu memuatnaik gambar dengan mengimbas QR Code yang disediakan sebelum pukul 3 petang pada 25 Mei 2024
  • Hak cipta untuk semua gambar yang dikirim adalah milik bersama antara penganjur dan peserta.
  • Segala keputusan dari pihak penganjur adalah muktamad.

 

Yuran Pendaftaran:

Setiap peserta perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM 15 (Lima Belas Ringgit Malaysia).

*Yuran penyertaan akan disumbangkan ke Tabung Kelab ArtsyExpose (Kelab Jabatan Fotomedia Kreatif, KPSK, UiTM)

Bayaran boleh dibuat di Akaun Rasmi Pertandingan : 

Kar design works
12168010033381
Bank Islam Malaysia

atau secara Kod QR seperti yang dilampirkan didalam borang penyertaan.

 

Pengumuman Pemenang:

Majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada pukul 8 malam pada 25 Mei 2024 di majlis makan malam  “THE 3RD ASIA PACIFIC STATE OF THE ART EVENTS RESEARCH CONFERENCES” oleh YBhg. Prof. Datuk Dr Shahrin Bin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA.

 

Hadiah

Kategori IPTA:

  • Pertama: Trofi & Wang Tunai RM1500 bersama sijil penyertaan
  • Kedua: Trofi & Wang Tunai RM1200 bersama sijil penyertaan
  • Ketiga: Trofi & Wang Tunai RM1000 bersama sijil penyertaan
  • 5 Saguhati: Wang Tunai RM200 bersama sijil penyertaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Don’t miss out on the latest updates, news and exciting content, follow our social media links now!